Taika Waititi terkenal sebagai seorang pengarah filem dan juga pelakon. Antara filem yang beliau arah adalah Thor: Love and Thunder yang akan ditayangkan pada Julai akan datang dan beliau turut aktif berlakon seperti sebagai antagonis dalam filem Free Guy.

Beliau juga telah disahkan akan mengarah filem Star Wars, selepas terlibat dengan satu episod The Mandalorian musim pertama. Taika Waititi baru-baru ini memberitahu Total Film mengenai filem Star Wars yang akan beliau hasilkan adalah benar-benar berbeza dan sesuatu yang baru.

Filem ini akan mengisahkan watak baru sepenuhnya dan beliau akan cuba kembangkan lagi dunia Star Wars. Filem beliau ini tidak akan ada kaitan langsung dengan mana-mana watak Star Wars, siri TV atau filem sebelum.

Kathleen Kennedy selaku presiden Lucasfilm pernah memberitahu yang filem baru Star Wars akan ditayangkan pada lewat tahun 2023. Jika benar filem ini akan tiba tahun depan, ia adalah filem Star Wars pertama selepas Star Wars Episode (Episode IX): The Rise of Skywalker yang ditayangkan pada tahun 2019.

Sohor Kini