Disney dan LucasFilm nampaknya telah melakukan keputusan untuk membatalkan pembangunan filem Star Wars dari pengarah Wonder Woman, Patty Jenkins. Filem ini adalah Rogue Squadron, yang pada September tahun lepas Disney telah membuangnya dari senarai tayangan.

Satu lagi filem Star Wars adalah oleh Kevin Feige, filem ini juga dilaporkan tidak akan diteruskan. Akan tetapi filem Star Wars baharu arahan dan lakonan Taika Waititi, serta oleh Damon Lindelof (pencipta bersama siri Lost) dan filem Star Wars oleh pengarah Deadpool 3 iaitu Shawn Levy dikatakan akan diteruskan.

Sudah bertahun kita tidak disajikan dengan filem Star Wars dan asyik fokus kepada siri TV di Disney+ sahaja. Jadi agak mengelirukan apakah rancangan Disney untuk filem Star Wars sekarang. Butiran lanjut mungkin akan kita dengar pada bulan April nanti ketika acara Star Wars Celebration. Sama-sama kita nantikan.

Sumber: Variety

Sohor Kini