Shawn Levy adalah pengarah yang cukup hebat. Beliau terkenal dengan filem bersama Ryan Reynold seperti Free Guy, The Adam Project, siri TV Stranger Things dan akan datang filem Deadpool 3.
Terkini, Deadline menyatakan yang Shawn Levy dalam perbincangan untuk menjadi pengarah filem Star Wars selepas Deadpool 3 dan episod akhir Stranger Things 5 selesai.
Beliau menjadi calon pilihan pengarah filem Star Wars, selepas mencipta nama dengan menjayakan banyak filem dan siri TV. Tetapi masih tiada khabar lagi filem Star Wars apakah yang beliau akan arah. Jika semuanya berjalan dengan lancar, filem Star Wars beliau mungkin akan melibatkan 21 Laps – studio beliau sendiri.