Money Heist masih belum tamat kerana francais ini diteruskan dengan siri sampingan Berlin pula.

Siri ini mengisahkan kehidupan watak Berlin lakonan Pedro Alonso pada zaman muda beliau. Dalam siri ini beliau masih sihat dan sedang merancang rompakan barang kemas bernilai 44 juta. Siri Berlin turut akan melibatkan kisah cinta, penganiayaan, rompakan, penculikan aksi dan komedi.

Terkini Netflix telah mengumumkan yang bukan Alonso sahaja dari Money Heist yang akan terlibat dalam siri sampingan ini. Tetapi Itziar Ituño dan Najwa Nimri turut akan kembali memainkan watak terkenal mereka iaitu Inspektor Raquel Murillo dan Alicia Sierra.

Dalam siri ini Berlin mempunyai pasukan perompak tersendiri iaitu Keila (pakar sekuriti siber), Damián (jurutera, ahli kimia/fizik dan kawan baik Berlin), Cameron (wanita gagah dan berani), Roi (pakar pecah peti besi/lepaskan diri) dan Bruce (pakar gajet dan senjata).

Berlin akan disiarkan di Netflix pada Disember tahun ini.

Baca: Ulasan Money Heist Musim Ke-5 Bahagian 1 – Dari Rompakan Ke Peperangan

Sohor Kini