Berlin Akan Disiarkan Di Netflix Disember Ini

Berlin adalah siri sampingan kepada Money Heist, mengisahkan kehidupan watak Berlin lakonan Pedro Alonso sebelum beliau melibatkan diri dengan rompakan dalam Money Heist. Siri ini berlaku pada zaman muda beliau, di mana masih sihat dan hebat dalam merancang dan melakukan rompakan barang kemas bernilai 44 juta.

Baru-baru ini, Netflix kongsi video Berlin memegang sejenis permara merah yang mungkin adalah hasil rompakan dan merenung kepada figura kadbod wanita yang mungkin kekasih beliau. Video ini turut mendedahkan tarikh siaran siri TV ini akan berlaku pada Disember akan datang.

Premis Berlin adalah mengenai cinta, penganiayaan, rompakan, penculikan dan turut akan ada komedi dan aksi. Dalam siri ini Berlin mempunyai pasukan perompak tersendiri iaitu Keila (pakar sekuriti siber), Damián (jurutera, ahli kimia/fizik dan kawan baik Berlin), Cameron (wanita gagah dan berani), Roi (pakar pecah peti besi/lepaskan diri) dan Bruce (pakar gajet dan senjata).

Berlin ditulis sambil penggambaran dilakukan dan tidak akan berkait dengan Money Heist kerana memfokuskan kisah prekuel. Álex Pina dan Esther Martínez Lobato iaitu pencipta Money Heist adalah dua individu yang mencipta siri Berlin.

Sohor Kini