Tahun lepas, Netflix telah mengesahkan yang siri TV Money Heist yang asal tidak akan tamat dengan Bahagian ke-5 begitu sahaja. Sebaliknya, ia akan diteruskan dengan siri sampingan pula.

Siri ini adalah Berlin, di mana ia adalah prekuel kepada Money Heist memfokuskan kepada watak kegemaran ramai iaitu Berlin lakonan Pedro Alonso.

Di sidang media yang sedang berlangsung malam ini pencipta siri TV Berlin yang turut mencipta Money Heist iaitu Álex Pina dan Esther Martínez Lobato mendedahkan yang mereka masih tidak tahu bagaimana kisah ini akan disampaikan. Ini adalah kerana skrip Berlin akan ditulis sambil penggambaran dilakukan.

Buat masa ini penggambaran belum dilakukan lagi, tetapi mereka mengesahkan yang genre Berlin tidak akan sama dengan Money Heist. Walaupun akan kekal dengan tema rompakan, siri sampingan ini akan lebih ke arah romantik komedi, tona cerita yang berbeza untuk cuba sesuatu yang lain.

Sohor Kini