Bukan satu kejutan yang filem Scream 6 akan ditayangkan tahun hadapan. Filem kelima iaitu Scream ditayangkan pada awal Januari ini dan menerima sambutan yang cukup baik untuk filem seram 2022.

Baca: Ulasan Scream – Inilah Contoh Sekuel Yang Baik

Tetapi apa pula kisah dalam filem keenam ini? Tonton treler di bawah;

Sambungan kepada filem sebelum ini, empat yang masih hidup meninggalkan Woodsboro. Mereka memulakan hidup baharu dengan hati yang lega dan mengharapkan semuanya berakhir. Tetapi nampaknya Ghostface masih belum mati dan sedia memburu dan membunuh.

Dalam filem ini Melissa Barrera (“Sam Carpenter”), Jasmin Savoy Brown (“Mindy Meeks-Martin”), Mason Gooding (“Chad Meeks-Martin”), Jenna Ortega (“Tara Carpenter”), Hayden Panettiere (“Kirby Reed”) dan Courteney Cox (“Gale Weathers”), Jack Champion, Henry Czerny, Liana Liberato, Dermot Mulroney, Devyn Nekoda, Tony Revolori, Josh Segarra, dan Samara Weaving semuanya kembali memainkan watak masing-masing.

Tayangan akan bermula pada 10 Mac 2023.

Sohor Kini