Ghostface Mengganas Dalam Treler Baharu Scream 6

Seperti yang kita tahu, Scream akan kembali dengan filem yang keenam Scream VI atau Scream 6. Selepas kejayaan dengan filem Scream V, di mana kami berikan ulasan sebagai filem seram dengan sekuel yang terbaik kerana berjaya memasukkan elemen komedi, meta dan elemen seram/misteri pembunuhan yang baik.

Baca: Ulasan Scream – Inilah Contoh Sekuel Yang Baik

Dalam filem keenam, seperti yang diacah dalam treler pertama – Ghostface masih belum mati. Menjadi persoalan, siapa pula di sebalik topeng tengkorak ikonik kali ini dan apakah motif beliau memburu empat yang terselamat dari filem lalu?

Dalam Scream V; Sam dan Tara Carpenter (Melissa Barrera dan Jenna Ortega), Mindy dan Chad Meeks-Martin (Jasmin Savoy Brown dan Mason Gooding), Kirby Reed (Hayden Panettiere) dan Gale Weathers (Courtney Cox) selamat dari pembunuhan bersiri Ghostface versi Amber Freeman dan Richie Kirsch (Mikey Madison dannJack Quaid). Mereka kemudian meninggalkan Woodsboro dan cuba memulakan hidup baharu.

Tetapi apakan daya, nampaknya Ghostface masih hidup dan kini memburu mereka di bandar dan bukan lagi di tempat asal. Bukan itu sahaja, dalam treler Ghostface baharu turut mengganas dengan dahsyat dan mendakwa beliau bukan Ghostface biasa. Dalam treler, banyak kostum dan topeng Ghostface kelihatan dan watak-watak baharu menarik.

Pelakon baharu menyertai francais Scream adalah Jack Champion, Henry Czerny, Liana Liberato, Dermot Mulroney, Devyn Nekoda, Tony Revolori, Josh Segarra, dan Samara Weaving. Filem ini akan ditayangkan pada 10 Mac nanti. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini