Sky Sports telah melaporkan yang EA melalui EA Sports telah bersetuju meneruskan kerjasama dengan liga profesional Inggeris, Premier League untuk menjadi pemegang eksklusif liga itu bagi penggunaan di dalam permanian video.

Perjanjian baharu ini dikatakan bernilai £488 juta (~RM2.6 bilion) dengan setiap kelab di dalam liga tersebut akan menerima lebih £80 juta (~RM420 juta) setiap tahun. Perjanjian ini juga dikatakan adalah dua kali ganda lebih besar berbanding perjanjian sebelum ini.

EA sebelum ini telah mengumumkan yang FIFA 23 akan menjadi permainan bola sepak terakhir mereka menggunakan jenama FIFA dengan bermula pada permainan yang akan dikeluarkan sekitar tahun ini akan menggunakan judul EA Sports FC.

Selain Premier League, EA juga telah menjadi penaja rasmi untuk La Liga iaitu kelab bola sepak profesional Sepanyol untuk 5 tahun dengan bayaran £30 juta (~RM136 juta) setahun dan bermula pada musim 2023-2034.

Sohor Kini