EA FIFA Akan Mula Menggunakan Judul EA Sports FC Pada Tahun 2023

EA telah mengumumkan yang permainan simulasi bola sepak mereka masih lagi akan dikenali sebagai FIFA untuk tahun ini, iaitu FIFA 23, namun bermula pada tahun depan ia akan dikenali sebagai EA Sports FC.

Walaupun menggunakan judul yang berlainan akan tetapi ia akan terus mempunyai kandungan-kandungan sedia ada seperti Ultimate Team dan Volta.

Seperti dinyatakan sebelum ini, mereka juga mengatakan yang ia tidak akan memberi kesan kepada perjanjian mereka dengan kelab, kejohanan dan juga nama pemain yang merupakan lesen berasingan.

Sebelum mereka beralih ke EA Sports FC yang akan dikongsi lanjut pada bulan Julai 2023, EA mengatakan yang permainan FIFA seterusnya yang juga yang terakhir akan menjadi yang terbaik mereka pernah keluarkan dengan menyertakan pelbagai kandungan baharu termasuk juga piala dunia.

Sohor Kini