Laporan kami sebelum ini yang mengatakan EA Sports akan menjadi penaja baharu untuk LaLiga sudah disahkan secara rasmi oleh EA dan juga LaLiga tersendiri melalui kenyataan akhbar yang dikeluarkan beberapa hari lepas. (terima kasih Sukanz).

Berdasarkan pengumuman tersebut, mereka mengatakan yang ia adalah perjanjian multi-tahun tetapi tidak menyatakan tempoh sebenar. Berdasarkan laporan sebelum ini, ia adalah selama 5 tahun dengan bayaran EUR 30 juta (~RM136 juta) setahun dan bermula pada musim 2023-2034.

Pengumuman ini juga mengesahkan yang perjanjian ini adalah untuk jenama EA Sports FC, berbanding EA Sports sahaja, dengan kata lain ia adalah untuk mempromosi permainan simulasi bola sepak mereka yang akan menggunakan nama tersebut bermula pada tahun yang sama.

Melalui perjanjian ini, LaLiga akan sepenuhnya melalui penjenamaan semula dengan penukaran logo, grafik, fon, dan juga elemen visual. Ia akan melibatkan liga division pertama dan juga kedua termasuk juga liga remaja LaLiga Promises.

Maklumat lanjut mengenai kerjasama ini akan dikongsi dengan lebih lanjut tidak lama lagi dan EA Sports FC akan dikeluarkan pada suku ketiga tahun 2023.

Sohor Kini