Fall Guys telah mengumumkan yang pemain berpeluang untuk mendapatkan kostum berdasarkan siri animasi Invincible, kostum ini akan mula ditawarkan bermula hari ini dan anda boleh dapatkannya melalui kedai di dalam permainan.

Invincible adalah siri animasi adiwira yang agak popular, jika anda tidak pernah menontonnya, anda sudah semestinya pernah melihat meme yang berdasarkan daripada siri tersebut. Ia adalah siri yang merupakan adaptasi kepada komik berjudul sama oleh Robert Kirkman. Ia boleh ditonton di Prime Videos.

Kostum yang disertakan di dalam permainan ini adalah Invincible sendiri, Omni-Man dan juga Atom Eve yang selain daripada kostum, turut mendapat rekaan rambut seperti di dalam siri animasi.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox, Nintendo Switch, dan PC. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam aplikasi.

Berita Lain

Sohor Kini