Fall Guys telah menerima kemaskini untuk pertengahan bagi musim ke-6 dan mereka menyertakan dua perkara utama iaitu fungsi rentas platform untuk pemain di PC dan juga PlayStation 4 dan mod baharu iaitu Sweet Thieves.

Meneruskan lagi sokongan fungsi rentas kemajuan yang disertakan sebelum ini, pemain kini boleh bermain bersama dengan rakan-rakan di platform berbeza untuk sesi permainan biasa. Sebelum ini, fungsi rentas platform hanya disertakan untuk ‘Custom Shows’. Bagi menggunakan fungsi ini, pemain perlu mempunyai Epic Account.

Bercakap mengenai versi Nintendo Switch dan Xbox, mereka mengatakan yang ia masih lagi sedang dibangunkan dan akan tiba di masa hadapan.

Bagi mod baharu pula adalah Sweet Thieves di mana pemain akan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Thieves dan Guardians. Thieves perlu melalui pelbagai halangan termasuk juga dari Guardians untuk mencuri ‘candy’ manakala Guardians perlu menghalang mereka.

Fall Guys: Ultimate Knockout sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, dan PC. Ia juga diumumkan untuk Nintendo Switch dan Xbox yang dijangka akan tiba lewat tahun ini ataupun tahun depan. Anda boleh baca ulasan kami melalui pautan ini; Ulasan Mini – Fall Guys: Ultimate Knockout.

Sohor Kini