Netflix Kongsi Filem Dan Siri TV Paling Popular 2022

Seperti biasa, pada minggu terakhir setiap hujung tahun pasti akan ada rangkuman mengumpulkan apa yang terbaik sepanjang tahun dan Netflix hari ini telah berkongsi kepada umum untuk rangkuman mereka.

Pertama sekali, menurut Nielsen Netflix adalah platform penstriman video yang paling kerap orang ramai gunakan untuk menstrim video. Kemudian siri TV yang dilancarkan pada tahun ini iaitu Stranger Things 4, Wednesday dan Monster: The Jeffrey Dahmer Story adalah antara yang paling popular dengan lebih 1 bilion jam tontonan.

Turut mengejutkan, filem yang baru sahaja disiarkan pada minggu lalu iaitu Glass Onion: A Knives Out Mystery kini menjadi filem pertama di peringkat global dengan 35 juta tontonan isi rumah dengan jumlah 82.1 juta jam tontonan di 93 negara. Selain itu The Adam Project, The Gray Man dan Purple Hearts adalah filem lain paling popular, sementara filem kanak-kanak adalah The Sea Beast dan dokufilem pula adalah The Tinder Swindler.

Tahun 2022 juga menjadi tahun K-drama untuk Netflix dengan 60% pelanggan menontonnya. Netflix turut mempunyai 6 K-drama dalam senarai 10 drama yang kerap dicari orang ramai iaitu Extraordinary Attorney Woo, All of Us Are Dead (adalah dua yang paling popular), Narco Saints, Twenty Five Twenty One, Business Proposal dan Our Blues.

Netflix turut membantu menjadikan lagu 80-an kembali ke carta teratas dengan Running Up That Hill. Lagu nyanyian Kate Bush ini adalah nombor 7 paling kerap dicari dan nombor 10 sohor kini di TikTok. Sementara lagu dalam siri Wednesday iaitu Goo Goo Muck oleh The Cramps dan Bloody Mary oleh Lady Gaga turut menjadi popular dengan tanda tagar #WednesdayAddam digunakan sehingga 19 bilion kali di TikTok.

Menurut Netflix, pelanggan mereka menonton 6 genre berbeza setiap bulan. Ini termasuk dengan drama sejarah The Empress, filem sukan Adam Sandler Hustle, drama romantik Virgin River Musim 4 dan siri ngeri The Marked Heart.

Netflix turut berkongsi senarai 10 siri TV Inggeris dan bukan Inggeris terbaik sepanjang 2022 bersama-sama dengan filem Inggeris dan bukan. Hasil ini adalah dari 1 Januari 2022 sehingga 18 Disember 2022 untuk tontonan 28-hari jam.

Tidak dinafikan kami di Aksiz juga banyak luangkan masa di Netflix berbanding HBO Go, Prime Video atau Apple TV+. Tahun hadapan akan ada banyak lagi kandungan menarik dan sama-sama kita nantikan dan lihat filem atau siri TV apa yang akan menjadi paling popular.

Sohor Kini