Stranger Things telah mencipta fenomena baharu, di mana dalam musim keempat siri TV ini berjaya menjadikan lagu berusia 37 tahun kembali popular dan didengari oleh orang ramai. Lagu ini adalah Running Up That Hill oleh Kate Bush.

Running Up That Hill dikeluarkan pada tahun 1985 dan dimasukkan dalam album Hounds of Love pada 1986. Selepas beberapa hari Stranger Things 4 disiarkan, lagu in terus menjadi antara lagu paling kerap distrim. Ketika itu carta global iTunes, muzik ini berada di nombor 3, sementara di carta global Spotify pula lagu ini berada di nombor 13.

Terkini, video muzik lagu ini di YouTube telah mencatatkan rekod baharu dengan lebih 100 juta tontonan. Dalam carta YouTube Music, lagu ini berada nombor 38 untuk carta global. Video ini diterbitkan pad tahun 2011 dan menerima bawah 2 juta tontonan pada tahun pertama. Sehingga 2021, video ini menerima sekitar lebih 50 juta tontonan dan kerana Stranger Things 4 pada tahun 2022 sahaja – video ini menerima tambahan lebih 52 juta tontonan dalam masa singkat.

Carta global Spotify ketika artikel ini ditulis meletakkan lagu ini di tempat pertama dan ketiga untuk strim mingguan dan harian, sementara di carta tempatan ia berada di tempat ke-13 dan ke-14. iTunes global pula masih meletakkan lagu ini di tempat teratas.

Sohor Kini