Skip to main content

Siri TV Netflix pertama yang mencapai lebih 1 bilion jam tontonan adalah Squid Game yang disiarkan pada tahun 2021. Ia mencatat rekod baharu untuk Netflix dan juga K-drama untuk siaran peringkat global.

Siri TV kedua mencapai rekod ini adalah Stranger Things 4 dengan 1.15 bilion jam tontonan selepas 28 hari disiarkan di Netflix. Terkini, Netflix menerima satu lagi siri TV yang menerima jumlah jam tontonan berbilion iaitu Dahmer โ€“ Monster: The Jeffrey Dahmer Story.

Dahmer memperoleh 1.35 bilion jam tontonan selepas 28 hari disiarkan menjadi siri TV Netflix ketiga mencapai rekod ini. Siri ini menjadi Top Ten untuk 92 negara dan kekal selama tujuh minggu berturut-turut.

Dengan kejayaan Dahmer, siri The Watcher turut ditonton oleh orang ramai dan Ryan Murphy pencipta siri TV ini turut ingin hadir dengan dua lagi siri seakan Dahmer berserta dengan musim kedua The Watcher.

Leave a Reply