Siri TV Green Lantern mula kedengaran sejak tahun 2019, di mana ia akan dibangunkan khusus untuk platform HBO Max bersama-sama dengan Strange Adventures. Strange Adventures sudah pun dibatalkan dan Green Lantern sudah melalui pelbagai olahan semula.

Finn Wittrock dan Jeremy Irvine kemudian disahkan akan memainkan watak Guy Gardner dan Alan Scott iaitu versi Green Lantern berbeza dan siri TV ini dikatakan akan berlaku di banyak garis masa dengan Green Lantern wanita sebagai fokus utama.

Tetapi semua ini diolah semula dan dikatakan Warner Bros. TV dan HBO Max ingin fokus kepada Green Lantern berkulit hitam iaitu John Stewart antara watak Green Lantern yang paling lama berkhidmat. Siri ini akan dikendalikan oleh Greg Berlanti iaitu penerbit siri Arrow dan penerbit yang terlibat dengan banyak siri TV Arrowverse.

Terkini, James Gunn telah mengesahkan mana-mana laporan mengenai siri ini dibatalkan dan dijadikan sebagai filem adalah berita palsu. Sebaliknya menurut Andy Behbakht penulis Screen Rant, dalam perbualan bersama wakil WBTV dan HBO Max – siri TV Green Lantern masih dalam pembangunan.

Semasa siri ini diumumkan, Greg Berlanti pernah menyatakan yang siri ini akan menjadi satu siri antologi di dunia yang adiwira wujud dan akan menjadi siri TV dengan bajet paling besar dan tidak pernah dilihat oleh sesiapa dalam sejarah serta akan melibatkan angkasa lepas. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini