Informasi Permainan Video Terkini
Siri Green Lantern Dan Strange Adventures Diumumkan Untuk HBO Max

Siri Green Lantern Dan Strange Adventures Diumumkan Untuk HBO Max

Diterbitkan pada Okt 30, 2019 oleh .

Platform penstriman terkini HBO Max akan mula beroperasi pada Mei 2020. Ketika acara khas yang berlangsung pagi ini, dua siri adiwira baharu ialah itu Green Lantern dan Strange Adventures turut telah diumumkan untuk platform ini.

Kedua-dua siri aksi nyata ini akan diterbitkan oleh Greg Berlanti yang turut menerbitkan siri Titans, Doom Patrol dan Stargirl yang juga baru diumumkan beberapa minggu yang lalu. Strange Adventures adalah siri antologi yang berkisar di dalam DC Universe yang menunjukkan apa yang berlaku sekiranya adiwira benar-benar wujud di dunia nyata.

Tidak banyak maklumat lain mengenai kedua-dua siri ini dikongsi buat masa ini termasuk siapakah pelakon-pelakonnya. Apa yang pasti HBO Max akan mempunyai pelbagai siri adiwira dari dunia DC apabila ia dilancarkan kelak.


TIPS & ULASAN