Skip to main content

Siri TV Green Lantern akan disiarkan di HBO Max. Ia adalah siri TV pertama bagi watak Green Lantern dan akan dihasilkan seakan filem. Ini bermakna, walaupun ianya adalah siri TV kualiti kandungan akan seakan filem. Siri TV ini turut mempunyai penglibatan Greg Berlanti.

Green Lantern versi N.K. Jemisin

Greg Berlanti adalah individu yang terlibat dengan banyak siri TV DC seperti dunia Arrowverse. Ramai yang mengharapkan David Ramsey yang memainkan watak John Diggle dalam siri TV Arrow akan menjadi Green Lantern. Ini kerana episod akhir siri TV Arrow, John menemui kotak dan ada cahaya hijau yang menyala. Terkini, laporan dari The Direct menyatakan yang wanita berkulit gelap adalah watak utama bagi siri ini. Nama watak ini adalah Bree Jarta dan jika anda tidak pernah kewujudan watak ini, kerana ia adalah watak baharu dan ciptaan untuk siri TV ini.

Ini tidak begitu mengejutkan, kerana banyak siri TV DC yang ada Greg Berlanti terlibat mempunyai watak baru. Contohnya Batwoman dengan Javicia Leslie, The Flash dengan watak Harrison Wells lakonan Tom Cavanagh dan banyak lagi. Kemudian, watak Green Lantern itu sendiri adalah sesiapa yang layak memiliki cincin akan menjadi Green Lantern. Menurut sumber lagi, Bree Jarta akan dipadankan dengan Guy Gardner antara watak Green Lantern dalam komik.

Bree Jarta juga merupakan spesis hibrid separa manusia separa makhluk asing. Siri TV ini dikatakan besar kemungkinan akan memfokuskan watak ini yang keliru dengan identiti. Ia juga mungkin akan banyak bermain di angkasa di Oa iaitu tempat di mana Green Lantern Corps. berkumpul.

Tambahan The Direct lagi, siri TV ini turut akan bermain dengan pelbagai garis masa. Tahun yang dikatakan akan memainkan peranan adalah 1940-an dengan watak Alan Scott, 1980-an dengan Guy Gardner dan juga masa sekarang. Siri TV ini akan memfokuskan dengan baik mengenai sejarah Green Lantern. Disebabkan Guy Gardner adalah di tahun 1980-an, ini bermakna Bree Jarta juga sama. Siapakah Green Lantern di masa sekarang?

Siri TV Arrow sebelum ini telah memberi petanda yang John Diggle akan berubah menjadi Green Lantern. Klu pertama adalah bapa beliau yang mempunyai nama Roy Stewart dan David Ramsey sendiri katakan nama penuh beliau mungkin John Stewart Diggle. Jadi, kita sudah ada watak Alan Scott, Guy Gardner dan John Stewart.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply