Dikemaskini 28/05/2021: Jeremy Irvine telah mengesahkan melalui Instagram yang beliau adalah pelakon bagi watak Green lantern versi Alan Scott untuk siri TV Green Lantern HBO Max.


Artikel asal 20/05/2021: Warner Bros. Television sedang sibuk membangunkan dunia adiwira mereka untuk HBO Max, sebagai langkah untuk bersaing dengan Disney+ yang mempunyai dunia MCU siri TV. Walau bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada adakah setiap projek mereka ini berkait atau dalam dunia masing-masing.

Antara yang jelas nampak sedang dibangunkan adalah siri TV Green Lantern. Sekian lama peminat ingin saksikan watak ini dijayakan dalam versi aksi nyata selepas kegagalan filem Green Lantern lakonan Ryan Reynolds. Terkini, Warner Bros. dilihat sedang dalam berbincang bersama dengan Jeremy Irvine untuk memainkan Green Lantern versi Alan Scott.

Jika semuanya berjalan dengan lancar, Jeremy aka menyertai Finn Wittrock sebagai pelakon Green Lantern untuk siri TV ini. Versi Alan Scott dikatakan aka berlaku di tahu 1940-an, manakala Guy Gardner pula tahun 80-an – barulah ke dunia moden yang dikatakan akan memfokuskan watak wanita. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini