Walter Hamada adalah bekas pengerusi DC Films. Beliau meletakkan jawatan pada bukan Oktober lepas, selepas tayangan filem Black Adam. DC Films kini telah menjadi DC Studios untuk memfokuskan pembangunan filem-filem dan siri TV dalam dunia DC Universe di bawah pengawasan James Gunn dan Peter Safran.

Terkini, Walter Hamada telah melakukan perjanjian bersama Paramount. Beliau akan mula bertugas pada 1 Januari 2023 nanti dan akan mengendalikan kandungan-kandungan seram di bawah Paramount. Studio ini pun baru sahaja mencipta nama dengan kejayaan filem seram Smile.

Hamada dikatakan akan memfokuskan kepada filem-filem seram bajet rendah untuk pawagam dan platform penstriman Paramount+. Beliau tidak asing dengan genre seram, kerana ketika di bawah Warner Bros. beliau turut terlibat dengan New Line untuk mengawasi filem seperti The Conjuring.

Sohor Kini