Walter Hamada yang merupakan Presiden DC Films dilaporkan telahpun meletakkan jawatan dipegang oleh beliau sejak 2018 menurut laporan Deadline. Peletakan jawatan dilakukan secara selepas filem Black Adam yang diterbitkan oleh beliau muncul di layar perak dengan ia menerima majoriti kritikan negatif termasuk dari kami sendiri.
Di DC Film, Hamada memegang jawatan seakan Kevin Feige di Marvel Studios. Antara projek di bawah kelolaan beliau selain Black Adam ialah siri The Peacemaker, The Suicide Squad, Shazam!, Birds of Prey, The Batman, Aquaman dan Wonder Women 1984.
Peletakan jawatan beliau tiba di waktu Warner Bros. Discovery sedang melakukan penstrukturan semula perniagaan mereka yang melihat filem Batgirl dibatalkan serta beberapa siri animasi di HBO Max ditarik sebagai langkah pengurangan kos.
Sumber – Deadline