Skip to main content

Westworld adalah siri TV HBO yang bertemakan masa hadapan. Ia mengisahkan kehidupan robot yang memberontak, inginkan kehidupan sendiri. Robot ini pada asalnya digunakan untuk taman tema, kemudian disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk menjadi pengganti individu yang berkuasa.

Westworld dilihat menerima sambutan yang baik dan dikatakan akan diteruskan sehingga enam musim dan berpotensi untuk mempunyai siri sampingan. Musim terkini adalah yang keempat yang mempunyai lapan episod dan tamat pada 14 Ogos lepas.

HBO kini dilihat membatalkan Westworld dan ia tidak akan diteruskan lagi untuk musim-musim baharu dan tiada khabar jika akan ada siri sampingan. Pencipta siri TV Westworld sudah pun mempunyai projek baharu iaitu The Peripheral yang disiarkan di Prime Video, mungkin ini akan menjadi fokus baharu mereka.

Leave a Reply