HBO telah mengesahkan yang siri TV Westworld menerima musim keempat dan akan berlanjutan sehingga musim keenam sejak tahun 2020 lagi, akan tetapi selepas itu mereka sekadar berdiam diri tanpa sebarang pengumuman tambahan.
Minggu ini, HBO secara mengejut telah berkongsi treler acah (dikongsi oleh THR) yang memperlihatkan kembalinya beberapa watak seperti Dalores lakonan Evan Rachel Wood dan Maeve lakonan Thandiwe Newton.
Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Treler ini juga telah mengumumkan tarikh siaran untuk musim baharu ini iaitu pada 26 Jun 2022 melalui HBO Max dan berkemungkinan besar di HBO dan HBO Go untuk pasaran Malaysia. Buat masa ini tidah disahkan lagi penceritaan untuk musim baharu.