Blade Mungkin Telah Menemui Pengarah Baharu

Kandungan Marvel Cinematic Universe sejak fasa keempat, baik filem atau siri TV sudah tidak sehebat fasa sebelumnya. Bukan sahaja mempunyai siri TV kurang berkualiti, filem juga tidak mempunyai penceritaan yang cukup mantap.

Baca: MCU Mempunyai Masalah Seperti Dunia Komik Marvel Dan Penyelesaiannya Ialah…..

Filem Blade adalah antara yang bermasalah, dengan pengarah yang menarik diri, skrip yang tidak bagus, pelakon utama iaitu Mahersala Ali kecewa dengan skrip serta penggambaran yang tunda sehingga tarikh tayangan juga diubah.

Terkini, The Cosmic Circus melaporkan yang Blade mungkin telah menemui pengarah baharu – iaitu Elegance Bratton. Beliau adalah pengarah baru dalam industri dengan debut filem panjang melalui The Inspection produksi A24.

Bratton dikatakan adalah antara calon dan besar kemungkinan telah menerima jawatan ini. Tetapi buat masa ini masih tiada pengesahan daripada mana-mana wakil Marvel Studios lagi. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini