Hari ini kami telah melaporkan yang filem Avengers: The Kang Dynasty menerima pengarah. Pengarah untuk filem ini adalah Destin Daniel, iaitu pengarah yang mengarah filem Shang-Chi and the Legends of the Ten Rings.

Dalam laporan yang sama, THR turut melaporkan yang Marvel Studios telah menemui pengarah untuk filem Blade. Pengarah ini adalah Bassam Tariq. Beliau terkenal dengan filem Mogul Mowgli mengenai rapper Pakistan yang lahir di British.

Filem Blade akan dilakonkan oleh Mahershala Ali sebagai Blade. Mahershala Ali juga pernah berlakon untuk projek Marvel, iaitu siri TV Netflix Marvel Luke Cage sebagai antagonis Cottonmouth. Blade akan menjadi filem dalam fasa kelima mengenai dhampir iaitu kacukan puntianak dan manusia, sebuah filem adikodrati MCU.

Sohor Kini