The Penguin Akan Berlaku Seminggu Selepas The Batman

Seperti yang semua sedia maklum, Collin Farrell akan kembali sebagai The Penguin dalam siri TV di HBO Max. Ia adalah siri sampingan kepada filem The Batman dan kini Variety telah berkongsi butiran mengenai siri TV ini.

Pertama sekali, menurut Collin Farrell siri TV ini akan berlangsung selama enam ke lapan jam mungkin 6-8 episod. Skrip episod pertama dikatakan berlaku satu minggu selepas The Batman, di mana bandar Gotham masih lagi banjir dan ia bermula di pejabat Falcone yang dipenuhi air.

Farrell turut berkongsi yang beliau teruja dengan skrip siri TV ini dan tidak sabar untuk berlakon dalam siri TV ini. The Penguin ditulis dan dikendalikan oleh Lauren LeFranc, siri ini akan memberi peluang kepada Penguin/Oswald Cobblepot yang mempunyai masa skrin yang pendek dalam filem.

Ia juga mungkin akan menjadi projek serius bagi Warner Bros. Discovery kerana filem The Batman menerima kutipan tinggi dan akan berlaku dalam dunia Batman yang tersendiri. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut.

Sohor Kini