Nampaknya, masa depan DCEU semakin serius dan semakin hebat. Selepas HBO Max diperkenalkan, dunia siri TV dan filem DC dilihat lebih berkembang dan mempunyai maklum balas yang positif. Baru-baru ini J.J. Abrams dan studio produksi beliau Bad Robots dipilih untuk menghasilkan siri TV aksi nyata Constantine yang lebih seram dan gelap. Ia juga akan memfokuskan kepada watak berkulit gelap.

Kemudian, siri TV ini dikatakan akan berlaku di dunia DCEU Justice League Dark. Terkini, J.J. Abrams dan Bad Robot dilaporkan akan mengolah semula filem Superman. Filem ini akan menjadi filem solo Superman terbaru selepas filem Man of Steel yang ditayangkan pada tahun 2013. Lebih mengejutkan, filem ini akan ada kemungkinan besar menggunakan watak Superman yang berkulit gelap.

Ini adalah kerana, penulis filem ini yang dipilih adalah Ta-Nehisi Coates – yang mana cukup terkenal dengan karya adiwira yang memfokuskan watak berkulit gelap. Antara karya beliau adalah Beautiful StruggleWe Were Eight Years in Power, Between The World And MeThe Water Dancer, Black Panther dan Captain America.

Filem solo ini dikatakan berkait dengan dunia DCEU lain seperti Man of SteelBatman v Superman: Dawn of Justice, Justice League adan akan datang Zack Snyder’s Justice League. Henry Cavill sebelum ini dikatakan masih berminat untuk berlakon sebagai Superman dan akan membuat penampilan khas dalam filem-filem DC akan datang. Dengan DC, Warner Bros. yang memfokuskan konsep Multiverse, ada kemungkinan boleh ada dua versi Superman tidak lama lagi.

Michael B. Jordan, iaitu Erik Killmonger dalam filem Black Panther atau Johnny Storm atau dalam filem Fantastic Four dikhabarkan akan memainkan watak ini. Versi Superman beliau juga dikatakan akan teoat mengikut komik. Sama-sama kita nantikan. dalam

Sohor Kini