Matt Shakman iaitu pengarah WandaVision sudah pun disahkan akan menjadi pengarah kepada filem Fantastic Four dalam dunia MCU. Filem ini akan menjadi sebahagian daripada MCU fasa keenam dan akan ditayangkan pada tahun 2024.

Deadline kini melaporkan, Marvel Studios telah menemui penulis skrip bagi filem ini. Mereka adalah Jeff Kaplan dan Ian Springer dan dikatakan sudah terlibat dengan projek Fantastic Four sejak sebelum Matt Shakman dipilih sebagai pengarah.

Dengan penulis skrip sudah disahkan, Marvel Studios hanya tinggal mencari pelakon sahaja untuk watak-watak dalam filem ini. Jeff dan Ian adalah penulis yang terkenal dengan projek-projek komedi. Antara projek mereka adalah Disaster Wedding dan Palm Springs bersama Jon Watts (pengarah Spider-Man).

Sohor Kini