Penggambaran Filem Blade Tunda Ke Awal 2023

Filem Blade dilihat mengalami masalah yang serius. Pelakon utama, iaitu Mahersala Ali dilaporkan kecewa dengan skrip kerana hanya mempunyai 90 muka surat dan hanya ada 2 adegan aksi yang tidak seberapa. Pengarah filem ini juga telah menarik diri.

Filem ini sepatutnya diarahkan oleh Bassam Tariq dan dijadualkan untuk ditayangkan pada 3 November tahun 2023 untuk menjadi sebahagian daripada fasa ke lima. Laporan terkini menyatakan, penggambaran filem ini telah ditunda dan hanya akan bermula sekitar awal tahun 2023 nanti.

Ini memberi petanda yang filem ini besar kemungkinan tidak boleh ditayangkan pada tahun yang sama, jika diteruskan kualiti seperti CGI dan lain-lain mungkin akan terjejas. Laporan lepas mendakwa yang isu pada filem adalah kerana tidak menerima pemantauan Kevin Feige kerana beliau yang sangat sibuk dengan banyak projek Marvel lain.

Sohor Kini