Rogue Squadron adalah filem sampingan Star Wars pertama selepas Star Wars: The Rise of Skywalker ditayangkan pada tahun 2019. Rogue Squadron pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 22 Disember 2023.

Disney juga telah memilih Patty Jenkins untuk menjadi pengarah dan Matthew Robinson sebagai penulis skrip. Filem ini dikatakan sudah pun dalam fasa pembangunan lebih satu tahun, namun tahun lepas ia dilaporkan filem ini akan ditunda atas jadual Patty Jenkins yang sibuk.

Terkini laporan oleh THR, menyatakan yang Disney telah membuang filem ini daripada jadual tayangan tanpa sebarang tarikh baharu. Turut tidak pasti sama ada Disney dan Lucasfilm akan terus bekerjasama dengan Patty Jenkins di masa hadapan.

Rogue Squadron sepatutnya menjadi satu filem mengenai pejuang pilot dalam dunia Star Wars. Jadi filem baharu Star Wars untuk tahun 2023 masih tidak pasti yang mana, mungkin versi yang akan diarahkan oleh Taika Waititi? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini