Keanu Reeves adalah John Constantine dalam filem Constantine tahun 2005 arahan Francis Lawrence. Filem ini tidak menerima sambutan begitu baik kerana perwatakan berbeza dengan komik.

Versi aksi nyata watak ini diteruskan lagi dengan siri TV judul sama, kali ini lakonan Matt Ryan yang terlibat secara terus dengan dunia DC The CW iaitu Arrowverse.

Bukan itu sahaja, J.J Abrams juga disahkan akan terlibat dengan satu filem Constantine yang lebih gelap untuk dunia filem DC tetapi ia lebih kepada filem tersendiri.

Kami pernah laporkan sebelum ini yang Francis ingin hadir dengan sekuel Constantine bersama Keanu Reeves. Nampaknya hasrat beliau tercapai kerana, Deadline melaporkan sekuel filem ini akan diteruskan. Francis akan menjadi pengarah dan penulis I Am Legend, Akiva Goldsman akan menjadi penulis skrip.

Apa yang menarik adalah, filem ini juga akan dihasilkan oleh J.J. Abrams melalui studio beliau Bad Robots. Masih tidak pasti jika ini adalah projek filem Constantine yang dikhabarkan sebelum ini atau akan ada satu lagi filem Constantine yang lain.

Sohor Kini