Minggu lepas, kami laporkan yang J.J. Abrams akan hadir dengan filem aksi nyata Constantine baru. Tetapi masih tiada khabar sama ada ia adalah filem tersendiri atau dalam DCEU. Kemudian turut tidak diketahui adalah siapa pelakon John Constantine? Adakah Keanu Reeves atau Matt Ryan atau pelakon baru?
Terkini terdapat laporan baru yang menyatakan, Francis Lawrence selaku pengarah filem aksi Constantine tahun 2005 berminat untuk sekuel dengan Keanu Reeves. Tetapi, tiada pengesahan sama ada beliau akan terlibat dengan J.J. Abrams – kerana filem yang J.J. Abrams ingin lakukan juga tidak pasti ianya sekuel atau filem olahan semula. Rancangan Francis Lawrence adalah untuk hadir dengan filem R-rated dengan bajet rendah kerana pada beliau itu adalah strategi yang baik. Cuma yang pasti, beliau sudah bersedia untuk hadir dengan sekuel bersama dengan Keanu Reeves.
Francis Lawrence sebelum ini turut terlibat dengan filem seperti I Am Legend dengan Will Smith, mengarah tiga file Hungers Games dan filem perisik Red Sparrow.