Constantine bakal mempunyai filem aksi nyata baharu. Ia adalah satu olahan semula oleh J.J. Abrams dan tidak akan berkait dengan filem tahun 2005 lakonan Keanu Reeves atau versi lakonan Matt Ryan dalam dunia Arrowverse.

Siri ini dikatakan akan lebih gelap dan seram dengan pelakon berkulit gelap sebagai John Constantine. Ia juga dikatakan watak olahan Constantine ini boleh bertembung dengan watak filem DC lain.

Dengan Warner Bros. Discovery membatalkan banyak projek, status filem ini turut dipersoalkan. Laporan oleh Deadline menyatakan filem ini kekal aktif dan akan diteruskan. Ia akan ditulis oleh penulis British Guy Bolton. Ia akan dihasilkan oleh studio J.J. Abrams iaitu Bad Robots.

Pelakon dan jalan cerita masih belum didedahkan lagi buat masa ini. Tetapi satu yang terus menyepi adalah siri TV Madame X dengan arahan oleh Angela Robinson tidak diketahui apakah statusnya.

Sohor Kini