PlayStation VR2 Akan Dikeluarkan Pada Awal Tahun 2023

Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan yang generasi baharu untuk set kepala realiti maya mereka iaitu PlayStation VR2 akan dilancarkan pada awal tahun 2023. Pertama kali diumumkan pada awal tahun ini, PlayStation VR2 menggunakan Skrin OLED, 4K HDR dan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Mereka juga telah berkongsi lanjut mengenai antaramuka untuk PlayStation VR2 yang antaranya mempunyai dua mod yang boleh digunakan oleh pengguna iaitu Mod VR dan Mod Cinematic, dan dapat mengimbas kawasan sekitar untuk menetapkan kawasan penggunaan.

SIE sebelum ini telah mengatakan yang mereka akan berkongsi mengenai tarikh pelancaran dan juga permainan-permainan yang akan dilancarkan bersama, permainan-permainan tersebut mungkin akan diumumkan tidak lama lagi.

Sohor Kini