Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan penglibatan mereka dalam acara Pokémon GO Fest 2026: Global yang bakal berlangsung di KLCC Park, Kuala Lumpur pada 11 hingga 12 Julai 2026. Melalui inisiatif ini, sebanyak 23 stesen pengangkutan kereta api di bawah kendalian KTMB akan berfungsi sebagai PokéStop bagi memudahkan para pemain mengakses kandungan di dalam permainan tersebut.

Bagi kawasan Lembah Klang, stesen yang terlibat sebagai PokéStop merangkumi KL Sentral, Kuala Lumpur, Sungai Buloh, Batu Caves, Midvalley, Bandar Tasek Selatan, Kajang, Seremban, Pulau Sebang, Subang Jaya, Shah Alam, Klang, dan Pelabuhan Klang.
Bagi rangkaian di sektor Utara pula, stesen yang dipilih adalah Padang Besar, Arau, Alor Setar, Butterworth, Bukit Mertajam, Taiping, dan Ipoh. Sementara itu, stesen bagi sektor Selatan yang terlibat adalah JB Sentral, Kempas Baru, dan Gemas.

Pengguna serta pemain yang merancang untuk mengunjungi lokasi acara utama dinasihatkan untuk menyemak jadual dan merancang perjalanan menggunakan aplikasi MyRailtime. Tiket perjalanan boleh didapati melalui sistem tiket bersepadu KITS (KTM Integrated Ticketing System), aplikasi KTMB Mobile, laman web rasmi KTMB, atau melalui kiosk jualan tiket di stesen.


