Knives Out adalah sebuah filem penyiasatan pembunuhan misteri atau lebih dikenali sebagai filem whodunnit? Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Rian Johnson dengan Daniel Craig sebagai detektif penyiasat yang perlu menyelesaikan misteri.

Filem yang ditayangkan pada tahun 2019 ini menerima sambutan yang baik. Selepas kejayaan filem ini, Netflix telah membeli hak penstriman filem ini dan akan menjadi platform eksklusif untuk dua sekuel.

Sekuel pertama adalah Glass Onion: A Knives Out Mystery. Hari ini Netflix telah mengesahkan yang filem ini akan disiarkan di platfrom penstriman mereka pada 23 Disember akan datang.

Dalam filem ini Detective Benoit Blanc lakonan Daniel Craig akan merantau ke Greece untuk menyelesaikan kes pembunuhan misteri baharu. Filem ini turut akan melibatkan pelakon seperti Edward Norton, Janelle Monáe, Kathryn Hahn, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline with Kate Hudson dan juga Dave Bautista.

Filem ini kekal diarahkan dan ditulis oleh Rian Johnson, Tom Karnowski sebagai penerbit eksekutif dengan Rian Johnson dan Ram Bergman turut menjadi penerbit.

Sohor Kini