Dave Bautista Akan Membintangi Filem Sekuel Knives Out

Knives Out adalah filem penyiasatan yang lain daripada yang lain. Ia serius, tetapi sambil itu masih suspen dan turut mempunyai elemen lucu. Filem ini diarahkan oleh pengarah yang sama mengarah filem Star Wars: The Last Jedi, Rian Johnson. Pelako utama pula adalah Daniel Craig, iaitu pelakon James Bond.

Filem pertama dihasilkan oleh Media Rights Capital dan diedarkan oleh Lionsgate, memperoleh $311.4 juta dari bajet filem yang hanya $40 juta. Rian Johnson turut tercalon dalam anugerah Oscar untuk skrip terbaikUntuk sekuel kelak, Dave Bautista telah dipilih untuk turut serta dalam filem ini bersama-sama dengan Daniel Craig. Walau bagaimanapun, watak beliau dan sinopsis filem masih belum didedahkan.

Filem sekuel kelak akan disiarkan di Netflix, di mana Netflix telah membeli hak siaran untuk francais filem ini. Setakat ini, sekuel yang dirancang ada dua filem – menjadikan francais ini mempunyai tiga filem secara keseluruhan. Turut tidak pasti sama ada Netflix akan terlibat atau tidak dengan produksi filem, kerana Dave Bautista baru-baru ini telah membintangi filem Netflix Original arahan Zack Snyder – Army of the Dead. Beliau memainkan watak Scott Ward, iaitu watak utama.

Sohor Kini