Beberapa hari lepas, telah kami laporkan yang Dave Bautista dipilih untuk membintangi filem sekuel Knives Out. Filem ini adalah filem penyiasatan yang sedikit aneh, berbeza, lucu, penuh dengan aksi dan juga misteri. Di samping itu, filem ini juga membuatkan penonton rasa suspen.

Terkini, Edward Norton iaitu pelakon asal Bruce Banner/Hulk dalam filem The Incredible Hulk dan Kathryn Hahn iaitu pelakon siri TV Agathan Harkness dalam siri TV MCU WandaVision telah dipilih untuk turut serta berlakon dalam filem sekuel ini. Peranan masing-masing belum didedahkan lagi.

Secara tidak langsung menjadikan filem ini sudah mengumpul ramai pelakon filem Marvel dan MCU. Filem pertama dibintangi oleh Chris Evans iaitu Steve Rogers/Captain America.

Sohor Kini