Knives Out adalah filem misteri pembunuhan yang cukup menarik. Ia adalah sebuah filem whodunnit, yang mana watak utama perlu menyiasat dan mencari siapakah pembunuh. Filem pertama memfokuskan kepada watak Detective Benoit Blanc lakonan Daniel Craig menyiasat misteri kematian ahli keluarga Marta Cabrera lakonan Ana De Armas.

Selepas kejayaan filem ini, Netflix telah membeli hak untuk francais Knives Out daripada Media Rights Capital dan Lionsgate. Netflix membeli dua filem sekuel Knives Out untuk dijadikan sebagai Netflix Originals.

Terkini, Netflix tekah mengumumkan judul bagi sekuel Knoves Out iaitu Glass Onion A Knives Out Mystery. Masih tiada sinopsis filem lagi, tetapi Daniel Craig akan kekal menjadi Detective Benoit Blanc dan beliau akan merantau ke Greece untuk misteri baharu. Rian Johnson juga kekal menjadi pengarah.

Selain itu, Edward Norton dan Kathryn Hahn turut akan terlibat dan bersama-sama dengan mereka adalah Janelle Monáe, Leslie Odom Jr., Jessica Henwick, Madelyn Cline, Kate Hudson dan Dave Bautista. Filem akan disiarkan pada musim cuti akan datang.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini