Sekitar bulan Mei tahun 2021, Amazon secara rasminya telah mengambil-alih syarikat perfileman Metro-Goldwyn-Mayer atau lebih dikenali sebagai MGM. Selepas hampir setahun dengan perjanjian ini, April lalu Amazon memasukkan kesemua filem James Bond dalam platform penstriman video mereka Prime Video.

Dalam satu laporan oleh Variety, MGM menyatakan filem-filem mereka untuk pasaran global akan diedarkan oleh Warner Bros. Dalam perjanjian baharu antara MGM dan Warner Bros. ini, mereka berdua turut akan bertanggungjawab bersama-sama untuk pemasaran dan pengiklanan.

Walau bagaimanapun, untuk filem James Bond ke-26 nanti, Universal Pictures atau UIP akan kekal sebagai pengedar. Begitu juga untuk filem Till arahan Chinonye Chukwu dan Woman Talking arahan Sarah Polley.

Sohor Kini