Empire telah melaporkan yang Amazon akan menawarkan kesemua 25 filem James Bond di Prime Video pada 15 April ini, akan tetapi ia adalah untuk masa terhad sahaja. 25 filem termasuk juga yang terbaru dan juga filem James Bond terakhir untuk Daniel Craig iaitu No Time To Die.

Bacaan lanjut: Ulasan No Time To Die – Penutup Ejen 007 Versi Daniel Craig Terbaik Yang Penuh Emosi

Selepas Amazon mengambil-alih MGM dengan bayaran $8.45 Bilion pada tahun lepas, filem-filem James Bond adalah antara kandungan yang ramai mengharapkan ia ditawarkan di platform penstriman tersebut dan ia tampaknya akan tiba tidak lama lagi.

Buat masa ini tidah disahkan lagi berapa lama ia akan ditawarkan dan juga sama ada akan turut disiarkan di Prime Video Malaysia.

Sohor Kini