Pada tahun 2019 lagi telah dilaporkan beberapa ura-ura yang mengatakan Todd Phillips akan kembali mengarah dan juga menulis filem Joker lakonan Joaquin Phoenix. Hari ini, Todd Phillips sendiri telah berkongsi di Instagram, muka depan untuk skrip bagi filem seterusnya Joker.
Menariknya di bahagian bawah judul besar diletakkan Folie a Deux yang juga digelar sebagai Shared Delusional Disorder (SSD) iaitu sindrom psikiatri yang memberi kesan dari seorang individu ke individu yang lain.
Berdasarkan judul kecil tersebut, kami boleh menjangkakan yang bagaimana Arthur Fleck mungkin akan mempengaruhi orang lain, ataupun di dipengaruhi oleh orang lain. Di dalam filem pertama dia telah dimasukkan di dalam wad psikiatri.
Buat masa ini tidak disahkan lagi bila filem ini akan memulakan penggambaran dan akan ditayangkan akan tetapi dengan kembalinya Todd Phillips, dan Joaquin Phoenix juga berkemungkinan besar akan kembali sebagai Arthur Fleck.