Filem solo Batgirl adalah filem aksi nyata pertama memperlihatkan watak Barbara Gordon/Batgirl beraksi. Filem ini akan melibatkan J.K. Simmon sebagai Gordon, Michael Keaton sebagai Batman/Bruce Wayne dan Brendan Fraser sebagai Firefly.

Filem ini dikatakan adalah filem khas untuk dunia DC di HBO Max dan walaupun sudah membelanjakan sekitar $90 juta, filem ini dibatalkan.

Warner Bros. Discovery baru-baru ini mengumumkan strategi baharu mereka untuk dunia DC, di mana mereka mempunyai perancangan 10 tahun untuk fokus kepada filem-filem DC dan dunia filem ini akan diolah semula. Mereka juga akan menyatukan platform penstriman HBO Max dan Discovery+.

Disebabkan tiada lagi HBO Max selepas ini, bermakna filem-filem solo DC untuk HBO Max tidak lagi diperlukan untuk beri fokus kepada dunia DC yang lebih besar dan berkualiti tinggi. Untuk memastikan kualiti filem DC berkualiti mereka memerlukan bajet besar dan untuk itu mereka perlu membatalkan banyak filem seperti Batgirl dan Supergirl.

Hanya dengan membatalkan filem Batgirl, mereka telah jimat $20 juta. Dunia filem DC selepas ini dikatakan akan cuba mengikut strategi seperti Disney dan Marvel untuk MCU. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini