Minggu lepas kami melaporkan yang Russo Brothers berminat untuk menghasilkan filem Avengers: Secret Wars, tetapi mereka was-was jika mampu menghasilkan kualiti yang lebih baik berbanding Infinity War dan Endgame.

Kini di acara SDCC 2022, dua filem Avengers baharu telah diumumkan secara rasmi iaitu The Kang Dynasty dan Secret Wars.

Deadline dapat bertemu dengan Kevin Feigi dan bertanyakan soalan, sama ada adakah Russo Brothers akan terlibat dengan pembangunan filem Secret Wars. Namun, Kevin menyatakan walaupun beliau suka Russo Brothers dan ingin kembali bekerjasama – mereka sayang sekali tidak akan terlibat dengan projek filem ini. Sebaliknya Kevin dan Marvel ingin mencari sesuatu yang lain untuk adik-beradik Russo ini kembali terlibat dengan projek Marvel Studios.

Sohor Kini