Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame adalah antara filem MCU yang paling epik. Sehingga hari ini, saat-saat genting dalam Endgame masih saya lebih-lebih lagi ketika Iron Man mati. Sudah tiga tahun filem Avengers: Endgame ditayangkan, Marvel dan Disney kini sedang memfokuskan filem-filem solo baharu, filem sekuel, serta mengembangkan dunia MCU melalui siri TV di Disney+.

Setiap filem dan siri TV MCU yang dikeluarkan selepas Endgame, memberi petanda mengenai betapa banyaknya potensi dengan multimesta, akan ada kumpulan baharu yang mungkin Young Avengers, mungkin juga akan ada pasukan seakan Suicide Squad sendiri iaitu Thunderbolts dan banyak lagi.

Semua ini turut memberi petanda yang filem Secret Wars akan dihasilkan. Satu peperangan besar dalam dunia Marvel melibatkan lebih banyak watak dan pelbagai dunia. Russo Brothers dilihat berminat untuk menghasilkan filem Secret Wars, tetapi disebabkan Infinity Game dan Endgame yang sudah dahsyat dan hebat, ia adalah satu tugas sukar untuk mereka berdua menghasilkan filem lain yang boleh menandingi dua filem Avengers tadi.

 X-Men, Spider-Man, Fantastic Four, Deadpool dan Avengers adalah antara adiwira yang akan terlibat dalam filem ini jika Marvel dan Disney mengikut komik. Bila ia akan dihasilkan dan ditayangkan? Masih belum ada khabar lagi, sama-sama kita terus nantikan.

Sohor Kini