Marvel di San Diego Comic-Con telah mengumumkan secara lanjut mengenai Marvel Cinematic Universe (MCU) Fasa 4 dan juga Fasa 5, selain itu mereka juga telah mengumumkan serba sedikit mengenai MCU Fasa 6 yang juga akan menjadi fasa terakhir untuk Saga ini yang dikenali sebagai The Multiverse Saga.

Buat masa ini mereka hanya mengumumkan tiga filem untuk MCU Fasa 6 iaitu bermula dengan Fantastic Four yang akan tiba pada 8 November 2024, Avengers: The Kang Dynasty tiba pada 2 Mei 2025 dan juga sebagai penutup Avengers: Secret Wars tiba pada 7 November 2025.

Beberapa lagi filem dan juga siri TV dijangka akan diumumkan kemudian untuk mengisi di-antara tiga filem yang diumumkan ini.

Sohor Kini