Legendary Entertainment dan Warner Bros sebelum ini telah mengumumkan yang Dune akan menerima filem susulan yang akan tiba pada 20 Oktober 2023, ini adalah selepas ia mengutip lebih RM1 Bilion di pawagam.

Melalui perkongsian terbaru oleh laman Twitter rasmi untuk filem Dune, produksi bagi Dune: Part Two kini bermula dengan Denis Villeneuve akan kekal sebagai pengarah.

Filem susulan ini bukanlah satu perkara yang tidak dijangkakan, kerana Dune adalah filem adaptasi kepada novel berjudul sama yang ditulis oleh Frank Herbert dan ia masih mempunyai penceritaan yang memerlukan sekurang-kurangnya satu filem lagi.

Kebanyakan pelakon seperti Timothee Chalamet serta Zendaya akan kembali untuk membawa watak Paul Atredes dan Chani. Selain itu, Florence Pugh juga telah dilaporkan akan membawa watak Princess Irulan di dalam filem kedua ini.

Dune: Part One bukan sahaja satu filem yang berjaya di box office akan tetapi turut menerima pelbagai anugerah termasuk juga 6 anugerah di Oscar. Kami juga meletakkan filem ini antara yang terbaik untuk tahun lepas dan anda boleh baca ulasan kami di pautan ini; Ulasan Dune – Filem Pencuci Mata Dan Halwa Telinga Yang Sempurna Campuran Rempahnya.

Sohor Kini