Oscar 2022 – Dune Menang Besar, Chris Rock Kena Tampar!

Anugerah Oscar 2022 berakhir sebentar tadi dengan beberapa insiden yang pastinya akan menjadi bualan ramai untuk tahun-tahun yang mendatang. Beberapa kejutan berlaku dengan kemenangan yang tidak disangka serta paling penting sekali Chris Rock ditampar oleh Will Smith ketika acara berlangsung selepas beliau berjenaka mengenai isteri beliau Jada Pinkett Smith.

Insiden ini sedikit sebanyak mencemari kemenangan Will Smith sebagai pelakon lelaki terbaik untuk King Richard. Pemenang terbesar tahun ini ialah Dune yang merangkul enam anugerah teknikal. Berikut ialah senarai lengkap pemenang anugerah Oscar 2022.

Filem Terbaik : “CODA”

Pengarah Terbaik : Jane Campion – “The Power of the Dog”

Pelakon Lelaki Terbaik : Will Smith – “King Richard”

Pelakon Wanita Terbaik : Jessica Chastain – “The Eyes of Tammy Faye”

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Troy Kotsur – “CODA”

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Ariana DeBose – “West Side Story”

Lagu Terbaik : Billie Eilish, FINNEAS – “No Time to Die”

Filem Antarabangsa Terbaik : “Drive My Car”

Dokumentari Terbaik : Ahmir “Questlove” Thompson, Joseph Patel, Robert Fyvolent dan David Dinerstein – “Summer of Soul”

Dokumentari Pendek Terbaik : Ben Proudfoot – “The Queen of Basketball.”

Filem Animasi Terbaik : “Encanto”

Animasi Pendek Terbaik : “The Windshield Wiper.”

Filem Pendek Terbaik : Riz Ahed, Aneil Karia – “The Long Goodbye.”

Lakonlayar Diadapatasi Terbaik : Sian Hader – “CODA”

Lakonlayar Asli Terbaik : Kenneth Branagh – “Belfast”

Rekaan Kostum Terbaik : Jenny Beavan – “Cruella”

Suntingan FIlem Terbaik : Joe Walker – “Dune”

Kesan Khas Terbaik : Paul Lambert, Tristan Myles, Brian Connor dan Gerd Nefzer – “Dune”

Sinematografi Terbaik : Greig Fraser – “Dune”

Runut Bunyi Terbaik : Hans Zimmer – “Dune”

Bunyi Terbaik : Mac Ruth, Mark Mangini, Theo Green, Doug Hemphill dam Ron Bartlett – “Dune”

Rekaan Produksi Terbaik :  Patrice Vermette, Zsuzsanna Siposdouble-dagger – “Dune”

Solekan dan Rekaan Rambut Terbaik : Linda Dowds, Stephanie Ingram dan Justin Raleigh – “The Eyes of Tammy Faye”

Sohor Kini