Dune atau Dune: Part 1 adalah sebuah filem arahan Denis Villeneuve yang diadaptasi daripada novel karya Frank Herbert. Filem ini membawa jalan cerita yang penuh dengan drama, politik dan pengembaraan di antara planet dan ia juga mempunyai visual yang sungguh menakjubkan.

Namun filem ini tergantung dan hanya akan diteruskan dalam bahagian kedua Dune: Part 2.

Masih tiada sinopsis atau butiran lanjut mengenai filem sekuel Dune ini. Tetapi beberapa hari lepas, Hollywood Reporter melaporkan yang Florence Pugh iaitu pelakon Yelena Belova dalam Black Widow akan turut menyertai Timothee Chalamet dalam Dune: Part 2. Beliau dikatakan akan memainkan watak penting dalam filem ini.

Skrip filem ini masih lagi sedang ditulis. Tetapi sumber menyatakan yang Florence Pugh akan memainkan watak Princess Irulan anak kepada Emperor Shaddam IV yang menghantar keluarga Atreides ke Arrakis. Filem ini juga akan menyertakan watak Feyd-Rautha iaitu anak saudara kepada bangsawan yang mengetuai House Harkonnen.

Baca: Ulasan Dune – Filem Pencuci Mata Dan Halwa Telinga Yang Sempurna Campuran Rempahnya

Sohor Kini